Thursday, December 4, 2008

DEMI ANAK LAKUKAN APA AJE...


Semalam ketika kedua anakku si Arin dan Asyraaf di jemput Cik June (adik iparku), untuk membawa mereka tinggal di rumah Nyainya (Ibu mertuaku), anakku si Afiq tidak berapa kisah...Ia peluk dan salam kedua2 Kakak dan Abangnya seperti biasa ketika keluar rumah...

Malam itu aku menemaninya tidur bersama2...Namun ke esokkan paginya apabila ia bangun dari tidur, Afiq katakan padaku yang ia ingin pergi ke rumah Nyainya jugak untuk bersama2 dengan Kakak Arin dan Abang Asyraaf...Aku terkejut mendengarnya...Aku tanyakan padanya berulang kali, betul ke kerana aku tidak akan bersamanya untuk tidor dengannya pada malam nanti...

Ia tetap dengan keputusannya...Terpaksalah aku mengemas baju2nya untuk di bawa ke sana...Pada tengaharinya aku bersama Afiq dan Babyku Akram, kami ke rumah Ibu mertuaku menaiki teksi...Setiba di sana hujan turun begitu lebat sekali...Arin dan Asyraaf terkejut dengan kedatangan kami...Ibu mertuaku merasa amat gembira apabila melihat kesemua cucunya ada di rumahnya...

Di sana kami have agreat time...Tiba2 Afiq datang padaku lalu katakan yang ia ingin pulang bersamaku nanti dan ia tidak mahu tidor di rumah Nyai...Adoiiiiii makan hati aku bila mendengarnya...Aku dah agak dah dia sure tak bleh berenggang dariku...Bayangkan aje waktu aku melahirkan Baby Akram kemarin pada bulan Sept bulan puasa, aku tinggalkan ia bersam Emakku dia asyik tanyakan tentang diriku bila nak balik?...Mmmmmm Afiq2...:)

Kami pulang ke rumah lepas Magrib dan di hantar oleh Cik June dan isterinya Aunty Aty...Alhamdulillah...Di rumah kurang jam 10 malam Afiq dah masuk tidor...Aku menemaninya di dalam biliknya sambil menonton tv...Sungguh lena ia tidor apabila aku melihat wajahnya...Sanbil mencium pipinya aku berbisik..."Afiq2 Ibu sayang padamu"...:)


hanya aku cintaunggu...

No comments: